Wednesday, April 26, 2006

Pilihan

xtau la aku nk pilih mane...xbuat decision lg nihhh...nak keje ngn A ke ngn dorg..camner ek aku blur a..mlm ni aku nk buat istiharah samaade keputusan yg aku buart btl ke x?xtau la...camner..ade benefit la dua2 company tu..camner ni...harap aku dpt jawapan esok.ni aku cr cara semayang istiharah...aku hapy keje ngn dorg tp sampai bile,,,ngn A aku x hapy tp byk yg aku dpt belajar nk blah pon ade rase serba salah,tp xtau aku dpt tahan sampi bile sorg2??YAALLAH tlg hamba mu ini.
______________________________________________________________________________________
Bagaimanakah caranya untuk menunaikan sembayang sunat hajat dan istikhorah dan waktu bilakah ianya sesuai dilakukan....? .
Jawapan
:
Sembahyang hajat ialah sembahyang untuk meminta sesuatu hajat yang tertentu. Ia boleh dilakukan secara bersendirian mengikut hajat masing-msing dan boleh juga dilakukan secara berjemaah jika untuk niat yang sama. Cara mengerjakannya:
Sembahyang ini tidak ditentukan jumlah rakaat sebenar tetapi kebiasaannya dilakukan antara 2 hingga 12 rakaat. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan cara berikut:
1. Niat : Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
2. Rakaat pertama dibaca surah al-Fatihah sekali dan al-Kafirun sekali atau 10 kali
3. Rakaat kedua dibaca surah al-Fatihah sekali dan al-Ikhlas sekali / 10 kali
4. Selepas selesai solat, berdoalah / pohonlah apa yang dihajati.

Solat istikharah ialah solat untuk menentukan sesuatu perkara yang hendak kita lakukan samada perkara itu baik atau buruk. Apabila kita sudah melakukannya, maka kita akan diberi petunjuk oleh Allah s.w.t samada boleh atau tidak kita meneruskannya. Cara mengerjakannya:
1. Niat : Sahaja aku sembahyang sunat istikharah 2 rakaat kerana Allah Ta'ala.
2. Rakaat pertama hendaklah dibaca surah al-Fatihah dan al-Kafirun
3. Rakaat kedua dibaca al-Fatihah dan al-Ikhlas
4. Berdoa (rujuk panduan doa)

No comments:

Locations of visitors to this page
DROP ME A MSG :D